YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 29 December 2012




Allah,

Maafkan aku jika renungan ini yang membuat dia terleka.
Maafkan aku jika senyuman ini membuat dia tak terlena
Maafkan aku jika pandangan ini  buat dia terpesona
Maafkan aku jika suara ini buat dia serba tak kena
Maafkan aku,maafkan aku,maafkan aku.

Berilah dia petunjuk.Bimbing dia.Bangunkan dia.





Thursday 27 December 2012

Pernahkah kau rasa hidup tanpa berkat?
Ya,tanpa berkat.kosong,kering tak bermakna.
Semuanya mendera jiwa yang lemah tak berdaya ini.

Aku hanya insan kerdil.Benar,aku kerdil tak terlawan besarnya Dia.Hebatnya Dia,Gahnya Dia.
Malah jika aku lihat semut di tanah,seperti aku malu mahu berjalan kerana aku lebih hina dari mereka.
Penuh palitan dosa yang jika ada baunya nescaya aku tak punya sesiapa di dunia.

Ah,dunia?Persetankan dunia.
Jelek dan jijik.
Tapi itu yang aku puja,yang aku belai yang aku sanjung setiap hari.
Sedang Dia berpesan,jangan cintakan dunia kelak akhirat entah ke mana.

Lihat?Diri ini masih lagi alpa.masih lagi lupa.
kesilapan sama diulang ulang semula.Allah..
Ampuni aku.Ampuni aku,Ampuni aku.
Terimalah aku.Peluklah aku.
Jangan lepaskan aku dari senarai yang engkau sayangi.
Biar diri ini menghadap Engkau dengan senyuman.

Allah...masihkah kau ampuni dosa dosaku ini?

Saturday 22 December 2012


Betapa aku rindukan seseorang yang faham diri kerdil yang 

si pemarah tak tentu hala ni,
si pelik tak memasal ni,
si pemalu tak kena masa ni,
si peramah yang tiba tiba ni,
si pembuat lawak tak jadi,
si fragile tahap alien,
si penakut lipas dan gelap ni,


I miss my wonderwalls. I need you like now )":


Thursday 13 December 2012

Sekarang langit menangis.
Dan hati ini juga menangis.
Entah kenapa jiwa terasa kosong. Minta diisi dengan zikr,tazkirah
Atau juga perlukan pendengar yang mendengar segala urat selirat yang menyendatkan otak dan jiwa.

Lemahnya diri.
Terasa mahu asingkan diri yang penuh dosa ini ke suatu tempat asing.
Yang tiada satu makhluk supaya diri ini tak berbuat dosa lagi.
Tak mengumpat lagi.Tak mengarut lagi.Tak terlepas cakap lagi.Tak jatuh hati lagi.
Tak risau pasal markah lagi,pasal merit.

Kadang kadang penat dengan diri yang tak serik serik mengulang dosa.
Tak reti reti nak bangun sendiri.
Tak pandai nak jaga diri.

***

Allah...
jangan putus asa dari terima insan kerdil ini.
Jangan buang diri ini dari senarai hamba yang Engkau cintai.
Jangan abaikan diri ini.

Bersihkanlah hati yang sudah hitam,fikiran yang sudah kelam,jiwa yang makin suram
Terimalah setiap sujudku.
Air mata,buktikan cintaku ini.

Saturday 1 December 2012

Penyakit kita semua.

Malam Jumaat hari tu saya mengikuti satu program di surau kolej.

oh,sebelum tu, Assalamualaikum :)

Masha Allah seronok sangat dengan kakak kakak dan kawan kawan baru :D

Saya mahu share sedikit ilmu yang saya peroleh dari pengisian seorang kakak ni. Kak Nisa kalau tak silap.
Dah lah baby boy dia comel^^

Okay,fokus.

Kak Nisa memulakan pengisian dengan masalah. Masalah umat Islam kita pada hari ini.

Saya masih ingat ada 3 masalah umat Islam sekarang:

1. Akidah

Akidah datang dari perkataan "akad" membawa maksud ikatan kita dengan Allah. Here's the analogy. Kalau kita biasa tengok orang akad nikah kan, mestilah dalam hati kita " semoga mereka setia sehidup semati" betuk dak? 

Begitu juga kita dengan Allah. Malah kita dengan Allah sudah diikat sebelum kita keluar dari rahim bonda kita. Betapa Allah menjaga kita sebelum kita terlahir di dunia. Kita telah berjanji dan berikrar pada Allah akan mentaati Allah.

Tetapi,mari pandang sekeliling kita. Isu murtad ibarat perkara biasa dan itu dikira "hak manusia" untuk pilih agama mereka. Mengapa kita jadikan Islam sebagai pilihan? Allah..

Nauzubillah! doalah kita hidup dalam Islam dan mati juga berakhir dalam Islam.



"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."

2.Pengetahuan

Kebanyakan kita semua lebih gemar melayan majalah sia sia seperti Mangga, URTV, manga, segala macam buku berbentuk hiburan. Cuba tanya diri kita berapa kali dalam seminggu sentuh buku ilmiah selain buku Statistic, Calculus , etc kita tu? 
Bila nak exam, buku buku barulah menjadi rebutan kita kan? itu pun buku course masing masing. Benar,kita kurang membaca. termasuk saya. Kalau ada orang luar datang pada kita bertanya tentang isu Palestin dan Israel, tahukah kita? Tahukah kita sejarah Islam,agama yang kita anuti bertahun lamanya? Tahukah kita bagaimana bermulanya konflik di Palestin? Burma? Syria? 
Allah...

Allah sendiri telah menurunkan ayat Quran yang pertama dari surah Al 'Alaq.



"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"

Betapa Allah menyuruh Nabi membaca. Bacalah! 

3.Akhlak

Akhlaklah yang menjamin komponen komponen kita yang lain. Jika tiada akhlak, itulah yang ada bayi dibuang dalam pembuangan sampah, depan masjid, zina boleh jumpa tepi jalan je, kahwin lari, derhaka pada ibu bapa, rogol, bunuh, rompak...

Serabutnya dunia kita sekarang ya. Kita sering ulang kata "oih, untungnya la kan kita tinggai kat M'sia ni. Aman ja takdak apa ". Hang tengok keliling rumah hang ja, memang hang dok kata aman, Mat oi. Cuba pi bukak berita, hang tengok berapa banyak orang kita masih hidup dijajah mindanya.?

Lalu apa antara ubat kepada penyakit ini?

i) Allah ada berfirman bahawa :



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Masuklah dalam Islam sepenuhnya. Islam bukan bila time ziarah jenazah sahaja baru bertudung,berjubah. Islam bukan bila di masjid sahaja bertelekung litup, berkopiah. Islam bukan bila waktu Aidilfitri sahaja baru nak memanjat tangga masjid. Selalu dengar "Eh, jangan suka judge orang, orang yang tak tutup aurat tu tak semestinya jahat. Datin X tu, free hair tapi tiap tiap tahun derma rumah anak yatim, buat program amal kebajikan. Kira okaylah tu." 

Jom,kita refresh balik subjek Pendidikan Islam masa seolah dulu. 
Kita beriman dengan? Lidah, hati dan perbuatan! Bagus, 10 markah penuh, keluaq sekolah kosong. Pedih kan?Pasai pa?Pasai selama ni belajaq sebab nak luluih peksa ja.

Okay, kita sudah mengaku dengan lidah bila kita ucap syahadah dalam solat kita, bila kita mengaku kita beriman pada Allah.
Kita cakap dalam hati yang kita ni Islam, Allah tuhan kita, Muhammad nabi kita.
Tapi,perbuatan? adakah selari dengan apa yang kita ungkapkan? jika ya, mengapa masih tidak menjaga aurat? mengapa tinggal solat? mengapa buat perkara perkara haram?

jika ketiga tiga perkara tidak lengkap,maka tidak berimanlah kita.

ii) Sila tanya diri kita, mengapa Allah memilih kita untuk ke dunia ini? Dalam banyak sperms yang berenang, mengapa Allah pilih kita sebagai pemenang?

Jawapan mudah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
                                  Adz Dzariyat :56

Saya masih clearly remember analogi yang kak Nisa gunakan.

"Hidup kita ni macam RnR. kita singgah sekejap je untuk rehat, beli makanan sikit untuk perjalan yang masih jauh. ada ke kita nampak orang singgah RnR lepas tu buat rumah kat sana? Lepas itu kita teruskan perjalanan kita ke suatu destinasi"

Begitulah dunia, kita ini ibarat pengembara yang singgah sekejap sangat nak cari bekalan (amal ibadah) untuk  sepanjang perjalanan kita ke kampung akhirat.

Nah, lagi satu analogi:

"Kita pergi belajar ke luar negara, kemudian sampai masa kita dipanggil pulang ke tanah air,jumpa family kita. Adakah kita akan pulang semula dengan tangan kosong, tanpa ilmu penuh didada untuk gembirakan family kita?"

Begitulah juga kita nanti bila menghadap Allah. Saat kita dilahirkan, kita telah di amanahkan dengan tanggungjawab,lalu bila kita kembali semula ke pangkuanNya, kita bawa dosa bersama kita.Ibadah kita kosong. Bukankah sia sia penciptaan kita?

Sebenarnya banyak lagi yang saya mahu kongsikan tapi macam panjang pula dah ni. hihi
Lepas baca harap share pada yang lain,semoga dakwah itu terus mengalir :)







   
  

Thursday 22 November 2012

Entry bukan untuk maknyah.

Maaflah tajuk macam entah apa apa,saya takde idea nak letak tajuk apa. heheh
Yeah, tajuk takde kena mengena dengan content.hee

Ke ada maknyah yang rasa offended? *evil grin*

Tiada niat lain untuk saya berkongsi semua ini,selain meluahkan apa yang saya rasa dan memberi pengajaran buat semua.

Pernah bercinta?
Atau sedang bercinta?
Apa rasanya?

Haah saya sedang cakap pasal cinta lelaki dan wanita sebelum kahwin.*gay maknyah pondan sila tukar channel lain*

*tarik nafas dalam dalam*

Gambaran:

"Bukak FB, tetiba ada IM:"Salam awak.saya rasa saya suka awak." Peh berbunga gila lah kan masa tu. Pastu mula reply pulak :"Err,seriously?tapi dalam kelas awak macam tak pandang saya pun.saya dah lah tak lawa...bla..bla..".

Itu titik permulaan.Kemudian barulah...
"Awak,kita couple nak?"
"Hihi."*bajet pemalu padahal suka* "Okay ^^"

Sejak tu telefon dibawa ke mana mana even ke toilet.Kan? siapa macam ni?angkat lutut!
*sorok lutut*

Kemudian pergi ke stage yang lebih advance dan "romantic".Maklumlah bakal ayah/ibu kepada anak anak lah katakan.

"Baby(eww),baby cihat?Papa windu baby cangat cangat lewww"*sila sebut dengan accent British*
"Winduww?baby pun windu cangat kat papa!hekhek.nanti kita jumpeww kay?baby cedih cowang cowang kat sinii ):"

Ergh,maaf saya tak sanggup nak teruskan dialog tadi.
Ok,proceed.

Pastu fasa konflik.Gaduh sebab dah tak sehaluan. Buat status meratap berpuluh puluh dalam masa seminit.Hebat tak?memang hebat sebab itulah masyrakat kita.Malaysia Boleh kan?ye dak?

"Wey jantan tak guna,blah lah.kau curang..bla..bla.."
"Huh,perempuan tuuutt...tak guna..bla..bla..."
"Aku dah tak percayakan perempuan lagi.semua sama je!"*ni paling lawak sebab memang lah semua perempuan sama,ada pulak yang ada halkum kan-,-*

Nampak tak kitarannya?Kenal,bercinta bagai nak rak lepas tu putus lepas tu cari lain pastu kitaran bermula semula?Apa yang kita dapat?

Nak cakap pasal couple itu haram dah tak larat dah. Faham tapi buat buat tak faham. Ada ke "saya couple ni kerana Allah". ?
Saya percaya yang kita semua tahu yang hubungan macam ni tak dibenarkan dalam Islam.dan bukan saja saja pun Allah tak kasi.
"Ala..kitorang couple tapi tak pegang pegang,tak macam orang lain."

Ohh,okay. I've been there,to be honest. Nak tanya,bila solat awak ingat siapa?bayang muka siapa?bila nak tidur,awak ingat siapa?bila nak mandi awak ingat siapa?bila nak study awak ingat siapa?

Kalau awak kata,awak tak pernah ingat "baby" awak tu ,memang lah penipu sebab saya dulu begitu.Ke saya seorang je?-,-
Kita suka menghalalkan apa yang haram. cuba menafikan yang salah dengan cipta pelbagai alternatif lain.

Hasilnya:

Baby dumping 

sedih tahu?bila lihat baby baby hasil dari ber"baby" tadi. pahe dok? kalau dah rasa tak nak anak tu,jangan buat dan jangan mulakan ke arah penzinaan. Nauzubillah.Kita kesian bila dengar kat Buletin Utama cakap pasal baby jumpa kat masjid,baby kena makan kat ulat, tapi at the same time dok message dengan "baby" kita. Mahu jadi yang seterusnya kah?

Sebab tu saya cukup pantang bila tengok di FB, budak budak belasan tahun dah pandai nak jadi "ibu ayah" ni. Apakah? Please, adik. Ini bukan sesuatu yang dianggap enteng tau?Mungkin kita boleh cakap,"Eleh,biasalah tu, cinta monyet".

Yang biasa tak semestinya betul. Yang betul tak semestinya biasa dibuat. Kan?

Maka, mohon buka mata, pandang diri. Saya juga ingatkan diri saya sendiri. Tak mati pun jadi single and save the best for who deserves. Cewah

Dan saya cukup penat melihat orang yang meratap lepas frust bercinta. See? another implication kalau ber"couple" ni. Mulalah babak babak tak lalu nak makan, nak bunuh diri, memberontak, dendam, benci perempuan, jadi gay. Eh

Maka,hidup pun tak efektif dah produktif. Come on,kita semua khalifah. Tugas kita memakmurkan bumi ini sudah kita laksanakan kah? Stop living in your idea of being in love. See the world, there are a lot to be explored and world needs us.

Pahe dok?

Saturday 3 November 2012

Ibrah dari hujan.

Semalam hari Jumaat. Semalam juga saya belajar sesuatu.
Masya Allah,rugi pula juga jika saya tidak kongsi. kerana saya berpegang kepada ayat ini:

"...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?"

Al Baqarah :140

Maka saya mahu ceritakan juga.

Semalam saya ada usrah sesama muslimat sahaja di Fakulti Biotek. Saya bersama sahabat saya,Asiah begitu bersemangat untuk ke sana.Maklumlah, dahaga ilmu ni! Cewah :D Tapi,tunggu punya tunggu bas takde pun. Kami start rasa putus asa. Mungkin sebab pakcik pakcik bas nak get ready solat Jumaat. Fine. Kami give up walaupun berat je hati. Saya text kakak usrah," Akak,saya tak dapat nak joinlah.Maaf ya.Bas takde.".Langkah makin longlai,hujan dalam hati makin lebat.Allah...sedihnya sebab tak terpilih jadi tetamu Allah untuk majlis ilmu tu. Tetapi,tiba tiba kakak usrah saya reply,"Takpelah,akak ambil awak.Tunggu depan kolej tau."Rasa nak melompat walaupun hakikatnya slot usrah tu dah berjalan lebih sejam. start pukul 12,habis pukul 2 petang. Sekarang pukul 1 petang.Ah,sempat lagi.Sikit ilmu pun jadilah.



Habis ja usrah, hujan turun selebat lebatnya. Langit menangis. Ibarat menangisi kematian para pejuang yang syahid di medan perang sana. Tiba tiba baru saya teringat yang saya sidai baju! Allah...satu lagi ujian.habislah. Sahabat saya sudah mula tak keruan. Kain kot. Perempuan do care about kain. Heee. Sampai je kolej,saya dah tak fikir apa dah. Baju!Kain! Saya dah bayangkan baju saya lencun dek air hujan.
Tapi...
jangkaan saya meleset.
Kain saya tak lencun,hanya basah sedikit. Entah siapa yang murah hati tolong angkatkan semua baju baju saya dan letak pada bench tepi ampaian. Allahuakbar.Rasa mahu menangis kerana syukurnya saya ketika itu.Hebatnya Allah.betapa baiknya Allah pada kita. Jika kita ikhlas melakukan kebaikan (menuntut ilmu),Allah akan membalas dengan orang lain membuat kebaikan kepada kita.Insya Allah. Terima kasih Ya Allah,atas pertolonganMu.

Thursday 25 October 2012

Assalamualaikum :D

Lama rasanya tak update. Seriously, I'm getting busier now. Takpelah,at least terisi juga masa dengan kesibukan kan? Sesungguhnya masa itu bukan milik kita maka siapa benarkan kita membuangnya dengan sesuka hati.Right?

Okay,
saya mahu share sesuatu. Pengalaman dan ibrah yang saya dapat semasa on the way balik dari Serdang ke kampung halaman saya semalam.

Situasi: di dalam bas on the way dari Seremban ke rumah tercinta.

Saya punyalah dengan pantas menyelit nyelit di celah celah ribuan manusia(cewah beribulah sangat) untuk mendapat tempat di dalam bas nanti.Alhamdulillah,selamat masuk ke dalam perut bas. Saya tengok jam pada handphone."Ah, bas mesti jalan lambat ni.". Bingo.Memang pun. Pakcik bas tu memang tunggu sampai memang betul betul takde sesiapa pun yang nak naik lagi. Kemudian, datang seorang makcik berbaju kurung biru bunga bunga kuning (I can still remember her face too). Dia jalan macam tak normal. Saya tak tahu nak guna verb atau adjective apa untuk describe the way she walked. Tapi saya boleh cakap yang dia orang kelainan upaya. Serius,sangat payah untuk dia berjalan dengan beg lagi di tangan dia. Saya tengok dia. Sebak. Saya tengok dia terus ke belakang dan berdiri kerana semua seat penuh masa tu.

Masa tu ada dua perkara yang bermain dalam minda saya.

1) saya nak bangun dan bagi seat saya pada dia sebab saya rasa takde problem untuk saya yang muda ni berdiri.

2)kenapa lelaki lelaki muda lagi perkasa di belakang sana langsung takde sense nak bangun dan give a seat pada makcik tu sebab obviously she is a makcik dan tak terdaya untuk berdiri lama.


Tetapi entah kenapa otak saya lambat sangat nak decide sama ada nak bangun ke tak bagi makcik tu seat. Saya je yang mata meliar liar tengok kot ada siapa siapa yang nak offer seat pada makcik tu.Takde sesiapa pun. What a shame. Saya rasa semua orang pun dalam hati fikir " Alah,mesti ada orang lain yang akan offer seat pada makcik ni.". Dan hakikatnya takdes sesiapa pun sampailah ada seorang adik yang masih berbaju uniform sekolah ni bangun dan beri makcik ni seat.She's a girl. A GIRL.

Saya malu pada diri saya.Allah...sepanjang perjalanan saya rasa bersalah sangat.rasa mahu gali lubang,tanam muka saya sebab rasa berdosa sangat sebab tak tolong makcik tu.Kenapa saya tak bangun dan offer ja sebelum budak tadi?Malunya saya kerana budak tadi lagi muda dari saya tetapi dia lebi berani unuk bantu makcik tadi.Semoga Allah merahmati adik semalam:')

Tetapi dalam hati,saya kecewa.Kecewa dengan semua homosapien yang ber"chromosome" Y dalam bas tu. Come on guys,seriously you cannot think and have a sense to offer a seat to that Makcik? kamu boleh senang senang duduk tanpa hiraukan makcik tadi,malah perempuan yang bangun bagi makcik tu duduk.I'm not trying to be sexist.I'm not. Tapi think again,proper tak kalau perempuan sorang sorang berdiri dalam bas tu,but at the same time berlambak ja lelaki dalam bas tu yang badan tough tough duduk dengan pondannya di belakang.(maaf atas kekasaran tapi it's the fact). Cuba imagine kalau suatu masa nanti,mak mak kalian naik bas dan orang lain treat mereka begitu? Sedih kan? Look, dunia ini bulat tahu? what goes around comes around right?

Malaysian.*sigh*
Nasihatkan diri sendiri juga.):

Thursday 11 October 2012

His perception or their perceptions?



Having classes with Cik Pah (my lecturer) has never been bored to me. Today I learnt something. We were talking about self-concept and perception. Well, it somehow triggered my mind. 
Perception?
 Means what I think of myself and others and what others think about me too. I’ve come to realise that, what are the others (my friends and family) think of me? Am I a good person? Am I a reliable person? Am I an arrogant type? Am I cute? why I am asking that?heh.-,- Or am I a disrespectful person? And suddenly I feel scared. I’m scared of bad perception since forever. I tend to feel curious of what others think about me whenever I do something either it is good or bad. And still they can accept me? Sometimes, when I see myself in front of the mirror I will ask myself, what are you doing here? Are you being here to impress others or to learn and seek knowledge?  To impress others in order to drag away their perceptions towards me.

*slap head*

Is it that important to even give a care to what people think about you?
I mean, get a life dear. They don’t even know you properly from A to Z and yet you believe in what they think of you? Do we actually know our own self? I don’t think so. We still learn and learn till we meet the point,”Ah, now I know my weaknesses and my strengths.” But yes, in order to know your identity, you must know what are you leaking at and what is your strongest point. So that you can improve yourself slowly. That’s why it is important to have good friends around you. Good friends will say out your faults because the love you and care about you.

But, what matters the most is what Allah thinks of you?
For example, we dress so vibrantly and prettily just to impress our crushes or friends but to Allah, we are nothing but an ugly tiny brat who do not obey His words. shame on us. we do not have to buy expensive glittery clothes to impress Allah. enough with our daily zikr,solat, and good deeds that He loves us to do. 
what's the point of living if Allah doesn't even give a glance to you?
Think.

*esok kuiz Linguistic,doakan saya :)

Tuesday 9 October 2012

Hati kecil si tudung labuh

"Ala,kita tudung bawal ja,awak tu tudung labuh kannn..."
"..."
*rasa nak bagi backflip sedas dua*
Hmm..
Dialog ni bermain dalam fikiran saya sampai rasa nak menangis bila fikirkan semula.
Saya fikir dua benda je bila ada orang kata begitu pada saya:

1) dia mempersendakan saya yang bertudung labuh 
2) mungkin dia nak cakap yang manusia yang tuduh labuh ni konon baik baik ja dan dia tudung bawal memang confirm neraka.

Mungkin bunyinya kasar.Atau over sensitive?

Baik. Mari saya muntahkan apa yang saya rasa. dan mungkin kami yang bertudung labuh rasa.
Actually,saya benci sungguh orang klasifikasikan homosapien yang bergelar muslimah ni kepada spesis tudung; bawal,sepat,khemah,tudung labuh,ustazah.and so ever craps that you think. I'm so sick into your totally lame mentality can I say that? Sebab kenapa awak nak pandang orang lain lain macam tu?Lepas tu,layanan awak pun lain.Awak boleh bergelak tawa dan bekerjasama dengan mereka yang sama jenis tudung dengan awak,tetapi dengan kami yang bertudung labuh ni,awak rasa macam," Eleh,ustazah mana reti gelak gelak ni.Lagha.Kan?".Eh,hello...Saya mengaku saya layan Maharaja Lawak okay?Saya gelak juga and sometime I do make jokes. Dan,kalau awak kata bergelak tawa itu lagha untuk orang bertudung labuh, habis kalau kepada yang tak bertudung labuh tu, tak jatuh lagha ke? 

Dan bila sesetengah kawan lelaki tanya,"Kau minat Coldplay?Kau layan Oasis?Kau obses Kawasaki?".with a huge gawked face.kesian.Come on,I'm human too.Normal lah tu kan?Cuma jadi tak normal bila kau bertudung labuh eh?Ke macam mana?Do you expect people yang wearing long hijab ni someone yang conservative,sibuk dengan dakwah,duduk ceruk dapur, and we can do nothing like other people do?Think again.

Berhentilah pandang kami lemah dan anggap kami sempurna.
Tak kira lah kawan rapat ke tidak,saya tetap terasa hati bila orang suka guna ayat tu bila bercakap dengan saya.Apa salah saya bertudung labuh?saya tak hina awak langsung,malah awak yang macam hina diri awak sendiri dengan mengatakan awak hanya seorang wanita bertudung bawal.Apa masalahnya kalau bertudung bawal?Selagi tutup dada,saya tak nampak kecacatan disitu.So,berhentilah making fun of us and start ponder on yourself.You should give some respect to others and please stop naming them based on what they wear.They just try to do what's right. Guten Nacht.Alles Gute!

exactly!


Thursday 4 October 2012

Thank you Allah

Assalamualaikum.

*mood nak berbahasa Melayu*

Sepatutnya sekarang di wad kelas dua Hospital Serdang.Alhamdulillah,doktor kata,tekanan darah semakin stabil.Tak,saya bukan menghidap darah tinggi kerana tertekan. Bukan,saya mengalami tekanan darah rendah dan hampir hampir sahaja ditahan wad. Muka dah pucat bila doktor kata tadi tekanan darah rendah sangat.Rasa macam," Sekarang ke aku akan mati?". Ditemani oleh dua orang kakak yang bagi saya hebat sungguh menahan sabar menunggu dari mula mendaftar,sampailah ambil ubat. Terima kasih kakak. Ibu pun dah kerisauan bila anaknya yang lembik dan selalu sakit ni buat pertama kalinya masuk wad di tempat baru. Haih,Mira kalau tak masuk wad tak sah!Ingat lagi masa di UiTM dulu pun sampai masuk wad sebab dehydrated teruk sangat.

Ibrah hari ini:

Sakit,gembira,kaya,miskin,panas,sejuk.Itu semua ujian dari Allah.jika hari ini Allah beri kamu derita sampai kamu rasa mahu tersungkur,ingat...Dia sedang mengujimu.Sejauh mana kamu bergantung kepadaNya? ketika senang sahajakah? atau semasa susah sahajakah? nampak mudah sifirnya tetapi yang benar benar terpilih sahaja yang mampu senyum ketika derita datang bertimpa timpa, yang mampu menangis sujud bersyukur tatkala nikmat datang melimpah ruah. Allahuakbar!

Kedua,jaga kesihatan. Siapa kata kamu boleh sesuka hati je mahu rosakkan badan kamu?eh silap,bukan badan kamu.itu semua pinjaman Allah! Jadi jika kamu rosakkan tangan,kaki,otak,hati,segala semua organ yang Allah beri pinjam tu,semuanya akan disoal di akhirat kelak tahu? Salah seorang pensyarah saya kata,jika kita melakukan dosa dosa,kita telah menzalimi diri kita. Ingat,zalimi diri tu tak semestinya bunuh diri,cederakan diri sahaja. Keseronokan seperti "couple",merokok,berzina,berjudi,juga menzalimi diri tahu?

Last sekali,kawal aliran wang anda.hehe. Ini memang out of topic. Tapi seriously,jadi perempuan ni agak payah kerana nafsu kami banyak. Pantang nampak kasut,baju,tudung rasa nak borong. Dan sebenarnya tak sedar diri ini sudah ke arah ke"perempuanan". Dulu punyalah menyampah nak ber"shopping" ni. Tapi tadi saya spent duit pada buku. Tak guna juga mahu menyesal. Biarlah.siapa suruh Lejen Press datang UPM ? hihi

Tiket ke neraka,Zombijaya & Sepucuk pistol di dlm laci
Saya tak mahu merungut apa apa atas kesakitan ini,cuma mahu ucap sekuat hati, "Terima Kasih Allah,beri kesakitan ini sebagai kifarah dosa dosaku.Semoga aku semakin dekat dengan Mu."

Monday 1 October 2012


Bibir mudah mengucap sabar,
tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang,
mempunyai pelbagai tafsiran.

I agree with the lyrics but the next lines are more motivating.

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelas yang membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya.

Yes,be grateful.You're the chosen one.
Today,I got a one hella day with a pack classes.
I need to reorganize my notes,yada yada.
But suddenly,after all the chaotic and dramatic day that I've had...
I bumped myself on my bed and checking my FaceBook updates and guess what?
I got a message from a friend.A best friend.
*deep sigh*.Allah,I'm not strong for this!I'm just a weak little tiny homosaphien.
But thank you again Allah,thank you for reminding me.
*tears*

***
Buat seorang sahabat:

"Awak,ingat bersahabat itu mudah?ingat bersahabat itu seperti orang muda mudi yang bercinta,kemudian bertukar tukar pasangan?Jadi awak mahu samakan persahabatan kita seperti mereka yang mengecewakan awak suatu ketika dahulu?tunang mungkin boleh putus,kahwin mungkin boleh cerai,couple mungkin boleh break up,tetapi sahabat?Selamanya!Awak faham?Sila hormat prinsip saya.Kalau bukan kita yang mahu menjaga persahabatan ini,siapa lagi?Jika saya seorang sahaja yang berusaha,untuk apa?"



Sunday 30 September 2012

It's almost a month for I've been here,Serdang.
What you should I say?
I'm stress out for like everything.Living in a real campus life is like forcing yourself to eat up a big bunch of salty fries in one go.Can you imagine that?Why fries?-..-
Ah,just forget about my messy thingy here.I almost blurt them out during my sleep.
***

Last two nights,I was touched by these words from a friend of mine during our "Pameran Biro" night. I was in charged for my club called as "Kelab Tarbiyyah dan Dakwah".So now you can imagine what kind of people are going to join this club right?Yes,they expect a group of  people wearing long hijab,jubah and etc which I think judge mental enough. but that friend of mine was standing inches away from our booth and I got a brilliant idea which is: approaching her!Okay,that's not the interesting part yet,people.-.-

As I was approaching her,she smiled (as usual) to me.And I gave her our club's flyer to her and I said enthusiastically to her,"Awak,jom lah join kelab kami,Kelab Tarbiyyah dan Dakwah.".I smiled to her.And she was laughing in a decent way,then she replied by saying this,"Ala awak,kita seganlah nak join kelab ni.Tapi kita nak.Kita kan free hair,korang semua mesti pakai tudung labuh labuh.Segan lah.Takut.".I almost cry my heart out.But,I look into her eyes and I said "Ya Allah,awak.mana ada lah.kalau betul pun takpe sebab kelab ni bukan untuk orang yang bertudung labuh,tetapi untuk sesiapa yang mahu ilmu,mahu berubah.Kita ada usrah disini.You can learn more about Islam."I tried to explain to her nicely and yes I was so excited and till now I am.I was the one who registered her membership because she said,"Okaylah kalau macam tu,awak tolong daftarkan ye,kita seganlah.".It's okay then.I felt so grateful to Allah for that night,for opening her heart to do so(joining us).Even the people that wearing hijab are not really interested to join our club so that proves to us that wearing hijab doesn't show perfection in iman.I didn't mean that people who are wearing hijab,they don't have iman but some of them just wear hijab to fulfill the obligation without knowing the reason of doing it.Berbelit much?Ahah.==" Hopefully,this is a blessed step for her to change herself to a better muslim.Amin ya Rabb.

To all my dearest readers,
please and please stop judging the non hijabs.Yes,they are obviously wrong for not covering their head,but still they are human being that need our guide. Naturally, human loves kindness but it's just their ego/shyness that holds them to do so.So,with your bad judges and provocation,these will never help them to change even a bit cause they will have this kind of mentality: All the long hijabs people are just sceptical towards them and they think they don't deserve to be a part of you.Tak salah nak berkawan dengan mereka,just try to get to know them and you'll know what dakwah is.Hey,kita kan tak sempurna?