YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 28 December 2013

Kau tahu sahabat,
jika ikutkan jiwa yang kacau ini,
jumpa kau sahaja aku mahu beri tumbukan padu.

Biar akhirnya kau sedar.
Sakitnya hati ini.
Pedihnya jiwa ini.
Untuk cerna nista yang kau canangkan.

Hah, teruskanlah menjadi bacul.
Hebat di belakangku.
Namun

Sakit memang sakit,
tapi aku tahu mental kau lagi sakit.
Heh.


Maafkan aku,
kerna terbiasa.

Terbiasa tadah derita,
temannya aku sahaja.

Terbiasa tiada siapa siapa,
tiada rasa dipunya.

Cuma bukan apa,
sekali aku kongsi derita,
selamanya kau perlu setia.

Maafkan aku,
kerna terbiasa.




Semester 3 dah tiba penghujungnya.
Sekarang semua sedang bergelut dengan nota nota.Tak kurang juga yang masih dalam zon terlalu selesa sedangkan tak sedar diri Isnin dah start paper. Ouch macam terasa ja.

Sungguh, sem ini juga tidak kurang mencabarnya.
Bermacam-macam konflik melanda.Terkadang jiwa ini penat lalu semakin rapuh.

Dalam pada bertarung menghafal,dan fahami nota nota. Allah jangan dilupa.
Maka aku jumpa lagi ayat ayat cinta dariNya.
:')

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."
Ali Imran :160

"Katakanlah,"pertolongan itu hanya milik Allah semuanya.Dia memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNya kamu ikembalikan."
Az Zumar : 44

Usaha.Doa.Tawakkal.

All the best! :)

Thursday 21 November 2013

Allah....
berikan aku kekuatan.

Allah...
bantu diri yang lemah.
dihantui dosa dan nafsu.

Jika aku perlu lepaskan cinta demi Kau,
aku akan.
Akan lepaskan,asal bukan Kau jauh dari tangan.

Allah...
bukan syurga yang aku kejar.
Dekat pada Engkau hingga aku dibangkit semula.
Walau aku tahu, amal ku belum cukup untuk bayar semua itu.


Allah....
tunjukilah jalan yang lurus.Aku buntu.
:'(

Sunday 10 November 2013

Sweet sepet

Semalam, sampai sahaja di bilik, letak beg...
nampak ada bungkusan atas meja.


Aww terharu betul belated birthday present rupanya. Bertuah punya sepet.

Alhamdulillah, syukur Allah...Kau pinjamkan aku sahabat sahabat yang menyayangi diri ini :')

Sepet,
I sayang you.Ukhuwahfillah.

Wednesday 30 October 2013

Soal Hati.



Terus berdoa
Insya Allah.


Thursday 24 October 2013





Ikutkan hati,
bayang kau pun aku mahu hapuskan dari kotak ingatan.

Sekarang kau dengan buih kau.
Aku dengan buih aku.

Friday 4 October 2013

Bila rasa kerdil...
pujuk diri sendiri,katakanlah...

"Wahai diri, kuatlah.Kau khalifah.Kau pemimpin.Kau disayangi Allah dan rasul."

Biar dilihat kecil tapi kau di mata tuhan bak serpihan mutiara yang berkilauan indah.

Kecil,tapi berharga.

Maka,
tersenyumlah.

Sunday 1 September 2013

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku
Kukan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh Tuhanku, kau begitu
Sempurna... Sempurna... 

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku.


Tuesday 20 August 2013

Semalam, aku tidur lewat.
Kepala ligat berfikir sedang mata minta ditutup segera.

Dalam kegelapan  itu, aku menangis.
Aku tarik selimut, air mata makin laju.
Seakan tak mahu berhenti.
Aku tahan sedu.Aku cuba baring kaku.

Banyak persoalan berlegar-legar...
Meminta jawapan tatkala itu juga.
Aku menangis lagi.
Aku buntu.

Tuhan, masihkah ada ruang untuk aku 
pada senarai hamba yang Kau cintai?

atau aku sudah terlewat, dan Kau sudah ada 
yang lain?

Lalu, aku harus bagaimana Tuhan?
Tunjuk aku jalan. Aku kesesatan.



Tuesday 6 August 2013

Memori Kad Raya

Assalamualaikum dan hi (:

Insya Allah hari ni merupakan last day of Ramadhan :/ So yeah...will be leaving Ramadhan very soon. Esok insya Allah Raya.

Cakap pasal raya, teringat kad raya.

Dulu-dulu masa zaman sekolah...masa nak raya je...mesti semangat betul bagi kad raya untuk kawan kawan. Walaupun sekelas.Huuu rindunyaaa. Sentimental betul.

Lepas tu lekat duit sepuluh sen dekat kad tu konon konon duit raya.Yela, takkan nak lekat semperit pulak ye dak? Haha

Rindu.
Rindu zaman manusia pandai value manusia lain.
Rindu zaman handwritten wishes sangat dihargai.
Rindu zaman kumpul kad raya setiap tahun instead of SMS yang diforwardkan sama je untuk semua orang.

Maka tahun ini, saya cuba kembalikan sentimental value dalam diri. Buat kad raya sendiri.Comot memang comot tapi ikhlas, handmade (:

Hee.Untuk beberapa orang sahabat saya.Last minute punya kad maka memang limited.

Insya Allah...semoga selamat sampai kepada mereka :3

Ada love lagi uolls :P

Saturday 3 August 2013

"Ibu, rasa malas lah nak solat terawih"
"Ish, pergilah. Dah sepuluh malam terakhir ni, rebut peluang terawih,mengaji"
"Hmm... iyelah..."

Jujur, ini dialog saya tempoh hari. Entah kenapa rasa malas bersarang waktu itu. Bila fikir semula...
Astaghfirullah... rugi tahu tak solat terawih?

Semalam, sepupu ibu baru sahaja meninggal. Ibu kata, dia sempat lihat detik detik sakaratulmaut Pak Long Rahim. Masa ibu dapat emergency call suruh visit Pak Long Rahim ke hospital, masa tu arwah dah memang nazak.

" Masa ibu sampai, dia dah genggam tangan dia dekat cadar katil, dia macam susah bernafas..lepas tu mata ke atas...terus dah takde.."

Terngiang-ngiang lagi cerita ibu tu. Ya Allah...macam mana lah bila giliran saya nanti? Hmm...

Lepas tu..tadi semasa berbuka ibu kata,

"Solat terawih, megaji, dan berdoa banyak banyak dah akhir akhir ni...tahun depan belum tentu kita dapat puasa lagi... tengok Pak Long Rahim tu...dah tak dapat nak terawih, nak berbuka dengan anak anak dia..."

Saya menambah.."Haah...kesian tak sempat nak raya kan..."

Tapi ibu tambah lagi...

"Ish...bukan kejar raya tu...ni bulan puasa ni. Orang berlumba lumba beribadah...tapi ada jugak yang sibuk buat kuih raya, jahit baju raya sampai tak terawih..rugi.."

hmm... setuju dengan ibu.

Semalam terawih di surau...yang jemaah wanita tak sampai satu saf. 
Mana pergi semangat di awal Ramadhan?

*menangis dalam hati*

Ampunkan kami Ya Allah...


Wednesday 24 July 2013

Assalamualaikum and hi (:

Sihat semua? *jerit depan kucing dan ayam*

Sekejap ja dah setengah Ramadhan kita harung kan? Tak lama lagi raya,lepas tu buka sem baru T.T Alaaa

Maka untuk mengelakkan jadi unproductive yang melampau, saya pun cuba mengasah bakat saya.(apahal ayat skema habis).

Hari tu sebelum cuti, saya ada purchased some oil pastels and soft pastels.Tak tahulah kenapa rasa minat nak beli.Padahal bukan hebat mana pun.Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ini, selain daripada beribadah, saya mulakan hobi baru saya (: Fun tau comot comot dengan warna ni.Hee rasa masuk tadika semula. :3

Tak cuba mana nak tahu kan?

Haa...cemana Ramadhan anda?(=


Tuesday 16 July 2013

Assalamualaikum.

Pagi ini, saya belajar sesuatu. Dari channel Oasis, " Taubat seorang samseng". Tajuk pun dah memang obvious pasal apa.Yes, taubat.

Teringat ada satu quote,tak pasti dari siapa tetapi lebih kurang begini:

"Allah tidak lihat bagaimana kita bermula,tetapi bagaimana pengakhiran kita adakah masih dalam Islam atau kekufuran"

True.

Macam dalam cerita tu, si A ni dulu seorang samseng yang maha dahsyat. Semua orang tak suka dia. Apa je yang dia tak pernah buat. Pukul orang, rogol, mencuri, merompak...semua dia pernah buat.Tetapi, hidayah itu milik Allah, suatu hari dia diberi petunjuk ke arah jalan yang benar.Memang betullah, hidayah itu Allah boleh beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


And whomsoever Allah wills to guide, He opens his breast to Islam, and whomsoever He wills to send astray, He makes his breast closed and constricted, as if he is climbing up to the sky. Thus Allah puts the wrath on those who believe not.

Amboi, translation english uolls. Yela,iolls kan TESL.ngee.*muka minta penampor*

Okay sambung balik! *muka serius*

Maka si A ini, cuba memohon maaf daripada semua orang. Ramai yang mengeji dia,mempersendakan dia, mengungkit semua kesilapan dia. Dia hanya redha bila dia dipukul dan diburuk burukkan hanya kerana kesilapan lama dia. Dia sedar, dirinya itu terlalu busuk,keji dan penuh dosa. Saya tak boleh menahan air mata ketika melihat babak dia dipukul sehingga lumpuh dan dia tetap bersolat dengan berbaring.Allahu. Memang lah hanya drama,tapi sungguh...itu sangat dekat dengan realiti kehidupan kita. Akhirnya, si A menghembuskan nafas dengan tenang.Sempat bertaubat.

Lihatlah, bagaimana seorang pendosa yang bagi kita samseng...akan tetapi mendapat pengakhiran yang baik.
Maka sebab itu, perlu diingatkan juga dengan diri ini, jangan mendabik dada dengan kebaikan yang kita ada buat masa sekarang. Kerana,hidayah itu milik Allah. Oleh itu, mari bedoa :



Dan kepada yang merasakan, "aku ni banyak dosa, mesti Allah tak ampunkan" "aku ni dah confirm neraka dah ni.banyak benor dosa aku". Jangan. Teruslah berusaha memperbaiki diri dari hari ke hari. Insya Allah. (: Sama sama berdoa mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah). 

Salam Ramadhan! ^^v


Dah. Berhenti lah menangis.
Pujuk diri sendiri.

Monday 8 July 2013

Assalamualaikum...(:

Tadi,tengah online, dapat tahu ada trending baru lah pulak kat Malaysia Oh Tanah Airku ni..."Couple Seminggu" punya video katanya.Maka saya dengan mood makcik makcik suka jaga tepi kain orang, terus tekan play video tersebut. Alahai comelnya budak ni :) Confirm budak sekolah.

Tapi tu bukan point saya.

Saya scroll comments rakyat Malaysia yang tersangat amatlah supportive memaki hamun budak tersebut.Allahu...

Hmm..bukan saya mahu menyebelahi tindakan adik tu,cuma bila saya lihat comment ada yang nak bunuh dia lah, suruh pergi mati lah...eh mana nya adab nak beri nasihat?

Saya kagum ramai betul yang prihatin,maklumlah kita semua memang rakyat yang cakna dengan semua benda,hatta seekor kucing dilanggar basikal pun boleh ada potensi masuk muka depan paper kan? (dah start nak mengarut)

Just that... practice some Adab people. I'm pretty sure yang sekarang adik tu dah pun malu.Satu Malaysia tahu video corny tu tapi come on, dia budak sekolah.Apa kau masa sekolah dulu tak pernah nak rasa bercinta?Cuma dia over upload video untuk future husband katanya.

Itulah masalah kita semua ni ye anak anak sekalian, kalau nak nasihat tu,kadang kadang point kita mantap,hadis ayat Quran siap dah,tapi cara penyampaian, hancuss!

Kepada yang menegur dengan berhemah tu, tahniah ye.Adik adik kita jugak ye dak? 

Haih,berdebar pulak nak jadi cikgu ni ye.

P.s: Welcome Ramadhan :)

Saturday 29 June 2013

Si Tua Itu

Hari ini, aku nampak lagi si tua itu ke surau. Sambil mendengar ceramah, aku lihat dia dari tepi. Tangannya yang kedut. Matanya yang sudah kelabu. Keningnya yang memutih. Aku perhatikan jari jemarinya, banyak luka luka, nampak kesat dan kasar. Telekungnya yang kusam bertahi lalat. Tua benar wanita ini. Ibu kata dia sebatang kara.Tak bersuami, apatah lagi anak. Tinggal seorang diri,tak punya sesiapa melainkan diri sendiri.
Kebetulan,aku sedang cuti (tak boleh bersolat) maka ketika solat,aku perhatikan pergerakan solatnya. Allahu...lambat lambat dia rukuk, dan sujud. Mana tidaknya, usia dah lanjut,sendi pun dah mula sakit sakit. Bacaan solatnya pun aku pasti, sudah tidak selancar dahulu. Apabila doa dibaca, dia melihat orang sebelah,kemudian barulah dia menadah tangan.Pendengaran pun sudah tidak sempurna. Usai solat, aku lihat semua jemaah bersalaman.Maka dia antara yang terawal aku cium tangannya.Benar,kesat,kasar. Sudah banyak yang dia lalui. 

Semasa berjalan kaki pulang ke rumah, aku terfikir...

Masihkah ada insan setekad itu?

Sanggup berjalan seorang diri, demi ke surau, berjemaah?

Sendi yang kian lemah tak mematahkan semangatnya untuk terus menapak ke rumah Allah.

Sedang kita yang muda?

Badan sihat walafiat.Surau pun boleh kira dengan jari datang berapa kali. Paling kurang pun dua kali setahun.
Solat sunat Aidiladha dengan solat sunat Aidlfitri.
Sungguh, ceramah tadi langsung tiada anak muda yang sebaya aku datang sama sama ke surau. Yang ada, cuma pakcik makcik, atuk nenek.

Allah...

Mana pemuda pemuda yang bakal mewarisi bilal dan imam yang kian tua? ):

Itu baru di kampung aku yang kecil ni. di tempat lain bagaimana?

Tapi yang muda inilah yang sibuk nak kahwin katanya.Cuba mai jadi imam.Heh.

Monday 10 June 2013

Hari ni memang menguji hati yang sedia rapuh.
Minggu minggu exam yang penuh dengan konflik dan tekanan, ditambah dengan ujian ini.

Allah...
Kuatkan diri yang kerdil ini.

Haih, memang aku ni pelupa, cuai. Mudah lalai.Itu aku.
Entah siapa dapat terima perangai yang macam tu buat teman hidup.
Ah persetankan teman hidup, malas mahu fikir.

Hakikatnya hidup ini memang seorang diri sebenarnya.
Takkan ada manusia yang benar benar kenal diri ini melainkan Dia.
Aku sendiri kadang kadang sesat dalam mengenal diri.

Bila saat tersungkurnya aku hari ini...
Aku mula sedar, "sampai bila mahu harapkan orang lain?"
Sampai bila mahu merengek, mengadu pada yang tak kenal pun diri ini?
Sampai bila mahu letak yang lain sebagai pergantunggan sedang aku ada Allah?
Sebaik-baik tempat pergantunggan.
Allahuakbar...

Maafkan aku Ya Allah.
Terima Kasih atas ujian ini.Kuatkan aku.Bangunkan aku.




Thursday 6 June 2013

Allah...
andai satu dunia tidak percaya pada diri ini lagi,
teruslah bersama aku.
andai semua mahu meninggalkan diri ini,
teruslah disisi ku,
andai ramai yang mahu mengejiku,
teruslah sayangi aku.

Aku tahu, saat aku hilang semua yang aku pernah ada di dunia ini,
aku ada Mu.

somehow, i love this picture :)


Tuesday 4 June 2013

Sayang sampai akhir hayat.
Insya Allah takkan biar ayah sorang sorang bila dah tua nanti.:')

Mustafa bin Ahmad <3


Sunday 2 June 2013


"Kau tahu tak, tak pakai tudung ni  berdosa tahu!Kau tak kesian ke kat ayah kau?"

"Eh, kau tak malu ke tak solat? Kau nak jadi orang kafir ke ha?Nak masuk neraka sekali dengan diorang?"

"Quran pun kalau tak pernah sentuh, heh jangan nak memandailah nak bagi nasihat"

Biasa sangat aku dengar.

Biasa sangat aku lihat.

*senyum sinis* Aku dulu pernah berfkiran begitu. Hanya tahu menghukum tanpa pernah selidik terlebih dahulu sebab ianya terjadi.*amboi ayat karangan*

Hanya sebab aku tak pernah buat perkara itu, maka aku menjadi sinis terhadap mereka yang berbuat kelakuan itu.

Sebab apa?
Sebab aku tak rasa, sama seperti yang mereka rasa.

Kadang kadang, aku pelik. Para dai'e yang hebat hebat belaka.Namun, entah mengapa.Ada sahaja yang tak kena bila mereka memulakan bicara. seperti tak sampai ke hati.

Segala hadis, ayat Quran dihambur ketika menyampaikan dakwah. Tapi, hambar.Tak ke jiwa.

Kenapa ya?

Aku mengaku, ilmuku masih cetek.
Luaranku mungkin nampak berilmu tapi hanya Allah yang tahu, kekurangan aku.

Aku tak mampu mengeluarkan hujah yang hebat. Aku belum lagi mampu meninggalkan sisa jahiliyah dalam diri ini. Aku masih lagi belum menjaga sepenuhnya diri ini.Aku masih lagi belum sempurnakan Islam dalam diri.Aku tahu itu. Aku mengaku.

Tapi, syukur...Allah masih beri peluang.Allah beri aku peluang beribu kali.Entah tak terkira.
Setiap kali itu juga aku curang dengan peluang itu.Tapi esok, aku bangun semula dengan peluang baru, harapan baru. Baik kan Allah?

Maka itu bezanya Allah dengan kau manusia.Kita semua pendosa, tiada yang terkecuali. Walaupun Rasulullah S.A.W.

Jadi aku mahu tanya...

kerja kitakah menilai manusia?

Wednesday 15 May 2013

"Kau rasa, apa yang kau nak capai dalam hidup kau?"

Soalan classmate, Zahid namanya buat diri ini terdiam seketika.
Fuh,susahnya nak jawab.

Tapi apa yang di minda ketika itu,
terbayang bayang rumah sendiri, family sendiri, anak sendiri, usrah di rumah, solat berjemaah, benda benda sebegitu.Mungkin itu yang aku mahu.Boleh beri aku bahagia.

Saturday 20 April 2013

Aku pernah tanya diri yang kerdil ini...
"Betulkah ini apa yang kau mahukan?"

Lalu diri ini...menangis...terdiam.

"Entahlah..."

Itu jawabnya.Keliru.Buntu.

Aku juga pernah marah diri ini...
"Kenapa,kenapa kau pilih jadi begini?Ini yang kau mahu dalam hidup kau?"

Lalu diri ini...masih lagi menangis...bungkam.

"Entah...aku tak pasti mengapa jadi begini.."


Tetapi, ada suatu ketika...
ada suara lain yang berkata,

"Kau istimewa.Kau unik.Kau terpilih.."

Lalu aku terhenti seketika..

Benarkah?

Menangis.Pujuk diri sendiri.

"Maafkan aku.Kerana selalu zalimi diri.."

Thursday 28 March 2013

Assalamualaikum.

Sedang melalui minggu-minggu yang meletihkan dan melesukan.
Kalau ikut hati mahu je terjun dari top floor blok perempuan ni.Tapi,masih waras lagi,cuma PENAT.

Semester ni memang saya mencabar diri.Diri yang lembik ni.Diri yang sikit-sikit nak mengeluh,sikit-sikit cepat mengalah. Hmm...saya mengaku,memang mencabar. Banyak masa terkorban,tenaga pun sama.PENAT.

Nak mengalah dah ke?
Entah.

Ya Allah,
I need you the most now. :'(

Tuesday 12 February 2013

Allah.


Allah,
mungkin jika saya mengadu disini,ada yang akan berkata,"buat apa mengadu pada blog,bukan pada tikar sejadah?"

Salahkah jika saya mahu kongsikan "keindahan" yang saya rasa?Moga moga jadi pengajaran :")
Izinkan saya.


Hampir 20 tahun,saya hidup.
20 tahun jugalah oxygen tak pernah terhenti.Dia jaga diri ini dengan baik.
Dia beri diri ini ibu bapa untuk menjagaku,kawan kawan untuk menceriakan hari hari,
someone untuk rasa apa itu cinta.
Allahuakbar,siapa Dia?
Allah.

Hampir 20 tahun jugalah,
diri ini masih berbuat dosa.
Hari ini teresak esak di tikar sejadah,esok lusa ulang semula dosa.
Janji kononnya itulah yang terakhir,tapi masih mungkir.
Tapi Dia Maha Pengampun,setiap kali sujudku,terasa seperti dibelai.
Dia tidak marah,tetapi sangat sayang.
Siapa Dia?
Allah.

Hampir 20 tahun juga..
Di usia ini,tipu jika tidak pernah rasa cinta.
Dia jugalah yang hantar seseorang untuk beri pengajaran,
tak semua yang kita rasa itu cinta.
Tak sama rasanya cinta manusia dengan cinta si Dia.
Siapa Dia?
Allah.

Buatlah dosa sebanyak mana, Dia ampunkan.
Rasalah sedih selama mana,Dia ada untuk temankan.

Cantiknya perasaan ni :')

*Rindu air mata pada sejadah.


Tuesday 5 February 2013

| Syukur |

Assalamualaikum.

Hai semoranggggggggg *jerit dalam selimut*

Ehem.
Hari ni result Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM released. Oh bukan saya lah yang nak masuk sekolah tapi adik saya.Hmm,tak dapat :|

Hmm I know she's upset. She just hoped too much I guess.Teringat lagi conversation saya dengan dia petang tadi :
"Angah,ala relax lah.MRSM bukan bagus mana pun lah.(ceh padahal saya product MRSM). Rezeki bukan kat MRSM lah tu.sekolah mana mana pun okay je.Asalkan rajin dan nak belajar okay je lah."

"..."

Lepas tu dia pergi solat Zuhur dan makan.Ceh penat je bebel.Ciskek betui -_-

Tapi saya dapat pengajaran juga sebenarnya.Bersyukur.Yes,syukur.

Hmm bersyukur dah dengan apa yang kita ada sekarang? (:

Kalau belum jom cakap Alhamdulillah kuat kuat :)

Bersyukurlah,
saat awak ada family yang suka membebel ambil tahu ke mana awak pergi,
awak still ada parents.

Bersyukurlah,
walau awak dapat result teruk hidup awak masih boleh diteruskan
bukannya awak pesakit kronik yang menghitung hari menunggu ajal.

Bersyukurlah
bila awak sedih ada sahaja kawan yang ambil tahu,biarpun kesedihan awak tak seberat mereka di Palestin,Syria atau Burma.

Bersyukurlah
saat awak sedap sedap atas sofa layan Setia Hujung Nyawa,sedang ada yang lain bergelap gelita tanpa elektrik.

Bersyukurlah,
bersyukurlah,
bersyukurlah...

Paling penting bersyukur akan setiap nafas yang awak sedut setiap kali bangun dari tidur :) Hargai peluang yang Allah beri,jangan sia siakan! Ayuh bangun. Teruskan hidup,baiki diri,bersyukur apa yang ada,hargai apa yang ada :D






Thursday 31 January 2013

Ya Rasulullah


"Alangkah indahnya hidup ini,andai dapat ku tatap wajahmu..."

Ya Rasulullah,
Indahnya jika kau masih ada.
Penyejuk mata,penenang hati.

Ya Rasulullah,
lihatlah umatmu sekarang!
lihatlah apa sudah terjadi kepada kami.

Ya Rasulullah,
lihatlah.
Kami lalai dengan dunia
Kami jarang berselawat kepadamu
sedang engkaulah yang bersungguh sungguh mengucap "ummati,ummati,ummati"
di kala penghujung hayatmu

Ya Rasulullah
lihatlah.
Kami tidak jaga solat,tak tunai zakat,tak puasa,
alasan kami,kami malas Ya Rasulullah
sedang kau ketika hayatmu,kaki mu bengkak pun kau tetap gagahkan diri untuk bersolat

Ya Rasulullah
lihatlah kami,betapa sedikit umatmu yang sanggup berjaga malam
kami jaga malam untuk tengok bola Ya Rasulullah
untuk ber FaceBook, ber Twitter Ya Rasulullah
sedang kau setiap malammu bersinar dengan ibadah walau kau dijanjikan syurga

Ya Rasulullah
lihatlah
yang lelaki ada yang tinggal solatnya,solat Jumaat sengaja dibuat lupa
tetapi bila sebut mahu kahwin,dia nombor satu yang teruja
Allahuakbar,bagaimana Ya Rasulullah?

Ya Rasulullah,
lihatlah
yang wanita tudung entah ke mana,aurat tak terjaga
maruah senang dipijak,hati senang ditawan
sedangkan dahulu kau yang berusaha mengangkat darjat wanita
Allahuakbar,bagaimana Ya Rasulullah?

Ya Rasulullah
lihatlah
anak anak dari kecil disuap dengan iPad,Xbox,PSP
Entah kenal entah tidak alif ba ta
Al Quran belum tentu tahu baca
Bagaimana Ya Rasulullah?

Ya Rasulullah,sungguh aku rindu padamu :'/

Monday 14 January 2013

Ayen

Adik,

take care kat sana.
jangan senang kena buli.
jangan selalu homesick je.
makan tu jaga jangan memilih sangat kata "ikan busuk lah.."
Oi bersyukur sikit boleh?

Have fun Ain.
Explore hidup zaman sekolah menengah.
Get a crush, have a fight with your bestfriend,procrastinate your work,
sleep late, pillow fight, kena denda,pura pura sakit.
trust me,enjoy your life.Learn from mistake okay?:)

Miss chiu budak tinggi :3

Sila biasakan diri dengan senior yang kerek
Bisakan diri dengan mamat poyo yang nak pick up line
Biasakan diri kena beratur kat dewan makan,shower,serba serbi lah
Biasakan diri kena meeting block tengah tegah malam
Biasakan diri kena marah dengan warden yang macam singa
Biasakan diri dengan pelajaran yang susah

Be strong dear,ibu ayah kak long and kak ngah will always here for you.*tears*

Thursday 3 January 2013

Allah,
suatu hari nanti,pemilik jasad ini akan terhenti nyawanya.
MalaikatMu akan datang menjalankan tugasnya,habiskan detik terakhir seorang hamba
Terpadam segala memori dunia yang pernah ada.
Segala dosa,mahupun segala pahala,hanya Engkau yang tahu,hanya Engkau yang hitung
Cuma diri ini takut,ke mana dia selepas itu?
Kau pandangkah si kerdil yang selalu lemah berbuat dosa ini?
Atau kau berpaling kah dari memandang ku?

Mujur ayat ini pengubat hati.Sweet betul Allah ni tau :3

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:
 “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” 
Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi. credit to langitilahi.com