YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 29 June 2013

Si Tua Itu

Hari ini, aku nampak lagi si tua itu ke surau. Sambil mendengar ceramah, aku lihat dia dari tepi. Tangannya yang kedut. Matanya yang sudah kelabu. Keningnya yang memutih. Aku perhatikan jari jemarinya, banyak luka luka, nampak kesat dan kasar. Telekungnya yang kusam bertahi lalat. Tua benar wanita ini. Ibu kata dia sebatang kara.Tak bersuami, apatah lagi anak. Tinggal seorang diri,tak punya sesiapa melainkan diri sendiri.
Kebetulan,aku sedang cuti (tak boleh bersolat) maka ketika solat,aku perhatikan pergerakan solatnya. Allahu...lambat lambat dia rukuk, dan sujud. Mana tidaknya, usia dah lanjut,sendi pun dah mula sakit sakit. Bacaan solatnya pun aku pasti, sudah tidak selancar dahulu. Apabila doa dibaca, dia melihat orang sebelah,kemudian barulah dia menadah tangan.Pendengaran pun sudah tidak sempurna. Usai solat, aku lihat semua jemaah bersalaman.Maka dia antara yang terawal aku cium tangannya.Benar,kesat,kasar. Sudah banyak yang dia lalui. 

Semasa berjalan kaki pulang ke rumah, aku terfikir...

Masihkah ada insan setekad itu?

Sanggup berjalan seorang diri, demi ke surau, berjemaah?

Sendi yang kian lemah tak mematahkan semangatnya untuk terus menapak ke rumah Allah.

Sedang kita yang muda?

Badan sihat walafiat.Surau pun boleh kira dengan jari datang berapa kali. Paling kurang pun dua kali setahun.
Solat sunat Aidiladha dengan solat sunat Aidlfitri.
Sungguh, ceramah tadi langsung tiada anak muda yang sebaya aku datang sama sama ke surau. Yang ada, cuma pakcik makcik, atuk nenek.

Allah...

Mana pemuda pemuda yang bakal mewarisi bilal dan imam yang kian tua? ):

Itu baru di kampung aku yang kecil ni. di tempat lain bagaimana?

Tapi yang muda inilah yang sibuk nak kahwin katanya.Cuba mai jadi imam.Heh.

No comments:

Post a Comment