YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday 24 August 2014


Allah ..bantu aku cari diriku yang dahulu.

Acapkali aku tersedar namun aku akan tersesat semula.
Bila mana aku cuba menyingkap semula potret diriku yang semalam,
aku rindu..rindu diriku yang dahulu.

Apa kurangnya yang sekarang?
Entah,malu untuk aku luahkan.
Rasa seperti serba kekurangan.
Rasa jauh,jauh dan jauh.

Cuma yang aku harapkan....
kembalikan diriku yang dahulu kerana aku tahu...
ia lebih baik daripada sekarang.
sungguh,aku rindu.
Ah macam celaka betul perasaan ni.

Boleh tak aku nak berehat sekejap sebab aku penat.
Terlalu penat.

Thursday 10 April 2014

Rasa ini makin lama semakin mendalam.

Ya Rabb,
lindungilah hati ini.

jangan aku termakan pujuk rayu syaitan yang direjam.

Monday 7 April 2014

Bila ada yang skeptik soal hati dan perasaan...
soal komitmen dan perkahwinan...
ingin sahaja aku ludah kata kata ini pada dia...
"tak penat kah hidup dalam penafian?"

jangan cuba tipu kalau tiap hari kau meroyan soal hati...
lebih dari mereka yang bercinta.

jangan cuba dusta bila tiap bait kata kau penuh kesal
dan terkilan...

dan paling penting...
jangan kau bina provokasi pada si pencinta...
jangan anggap si pencinta itu sama buta seperti kau yang dahulu...
ingat,setiap kita perlukan cinta.

Wednesday 1 January 2014

2013.

Allah banyak mengajar aku di tahun 2013.

20 tahun usiaku dibelanjakan namun seperti masih belum cukup untuk aku capai kematangan.
Aku masih lagi baran tak menentu. Masih lagi rasa malas tak menentu. Masih lagi sedih tak menentu. Ada sahaja yang tak kena pada diri ini. Kadang -kadang lebih teruk lagi jika aku belum mampu tentukan apa yang terbaik buat diri ini.

20 tahun itu hanya sekadar angka yang saban tahun meningkat. Sungguh aku risau bagaimana tahun mendatang jika nanti suatu hari aku menjadi guru? menjadi isteri dan ibu? mampukah aku jalankan tanggugjawab terhadap seisi keluargaku? 

Bagaimana dengan 20 tahun itu, aku masih lagi derhaka pada tuhan? 
Adakah jika esok ajal memanggilku, aku mencapai khusnul khatimah pujaan mukmin?
Sungguh aku malu pada diri yang kerdil ini.
Aku malu pada malaikat yang setiap hari mencatat segala amalanku setiap detik, setiap tahun.
Lalu, malunya jika setiap tahun...
dosa sahaja yang jadi catatan harianku.
Maka apa yang aku capai untuk 20 tahun usiaku ini?

Ya Allah, sungguh Kau tahu apa yang selalu aku bisikkan pada diri ini.
Kau kenal diri ini lebih dari si empunya diri.
Maka ya Allah, bimbinglah aku.
Di tahun baru ini, perbaikilah diri ini.
Masukkan aku dalam senarai hambaMu yang Kau sayangi.