Pernahkah kau rasa hidup tanpa berkat?
Ya,tanpa berkat.kosong,kering tak bermakna.
Semuanya mendera jiwa yang lemah tak berdaya ini.
Aku hanya insan kerdil.Benar,aku kerdil tak terlawan besarnya Dia.Hebatnya Dia,Gahnya Dia.
Malah jika aku lihat semut di tanah,seperti aku malu mahu berjalan kerana aku lebih hina dari mereka.
Penuh palitan dosa yang jika ada baunya nescaya aku tak punya sesiapa di dunia.
Ah,dunia?Persetankan dunia.
Jelek dan jijik.
Tapi itu yang aku puja,yang aku belai yang aku sanjung setiap hari.
Sedang Dia berpesan,jangan cintakan dunia kelak akhirat entah ke mana.
Lihat?Diri ini masih lagi alpa.masih lagi lupa.
kesilapan sama diulang ulang semula.Allah..
Ampuni aku.Ampuni aku,Ampuni aku.
Terimalah aku.Peluklah aku.
Jangan lepaskan aku dari senarai yang engkau sayangi.
Biar diri ini menghadap Engkau dengan senyuman.
Allah...masihkah kau ampuni dosa dosaku ini?
Thursday, 27 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment