Sekarang langit menangis.
Dan hati ini juga menangis.
Entah kenapa jiwa terasa kosong. Minta diisi dengan zikr,tazkirah
Atau juga perlukan pendengar yang mendengar segala urat selirat yang menyendatkan otak dan jiwa.
Lemahnya diri.
Terasa mahu asingkan diri yang penuh dosa ini ke suatu tempat asing.
Yang tiada satu makhluk supaya diri ini tak berbuat dosa lagi.
Tak mengumpat lagi.Tak mengarut lagi.Tak terlepas cakap lagi.Tak jatuh hati lagi.
Tak risau pasal markah lagi,pasal merit.
Kadang kadang penat dengan diri yang tak serik serik mengulang dosa.
Tak reti reti nak bangun sendiri.
Tak pandai nak jaga diri.
***
Allah...
jangan putus asa dari terima insan kerdil ini.
Jangan buang diri ini dari senarai hamba yang Engkau cintai.
Jangan abaikan diri ini.
Bersihkanlah hati yang sudah hitam,fikiran yang sudah kelam,jiwa yang makin suram
Terimalah setiap sujudku.
Air mata,buktikan cintaku ini.
Thursday, 13 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rasa tenang bila baca, teruskan mencari Sakinah :')
ReplyDeleteTerima kasih :")
ReplyDelete