oh,sebelum tu, Assalamualaikum :)
Masha Allah seronok sangat dengan kakak kakak dan kawan kawan baru :D
Saya mahu share sedikit ilmu yang saya peroleh dari pengisian seorang kakak ni. Kak Nisa kalau tak silap.
Dah lah baby boy dia comel^^
Okay,fokus.
Kak Nisa memulakan pengisian dengan masalah. Masalah umat Islam kita pada hari ini.
Saya masih ingat ada 3 masalah umat Islam sekarang:
1. Akidah
Akidah datang dari perkataan "akad" membawa maksud ikatan kita dengan Allah. Here's the analogy. Kalau kita biasa tengok orang akad nikah kan, mestilah dalam hati kita " semoga mereka setia sehidup semati" betuk dak?
Begitu juga kita dengan Allah. Malah kita dengan Allah sudah diikat sebelum kita keluar dari rahim bonda kita. Betapa Allah menjaga kita sebelum kita terlahir di dunia. Kita telah berjanji dan berikrar pada Allah akan mentaati Allah.
Tetapi,mari pandang sekeliling kita. Isu murtad ibarat perkara biasa dan itu dikira "hak manusia" untuk pilih agama mereka. Mengapa kita jadikan Islam sebagai pilihan? Allah..
Nauzubillah! doalah kita hidup dalam Islam dan mati juga berakhir dalam Islam.
"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."
2.Pengetahuan
Kebanyakan kita semua lebih gemar melayan majalah sia sia seperti Mangga, URTV, manga, segala macam buku berbentuk hiburan. Cuba tanya diri kita berapa kali dalam seminggu sentuh buku ilmiah selain buku Statistic, Calculus , etc kita tu?
Bila nak exam, buku buku barulah menjadi rebutan kita kan? itu pun buku course masing masing. Benar,kita kurang membaca. termasuk saya. Kalau ada orang luar datang pada kita bertanya tentang isu Palestin dan Israel, tahukah kita? Tahukah kita sejarah Islam,agama yang kita anuti bertahun lamanya? Tahukah kita bagaimana bermulanya konflik di Palestin? Burma? Syria?
Allah...
Allah sendiri telah menurunkan ayat Quran yang pertama dari surah Al 'Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"
Betapa Allah menyuruh Nabi membaca. Bacalah!
3.Akhlak
Akhlaklah yang menjamin komponen komponen kita yang lain. Jika tiada akhlak, itulah yang ada bayi dibuang dalam pembuangan sampah, depan masjid, zina boleh jumpa tepi jalan je, kahwin lari, derhaka pada ibu bapa, rogol, bunuh, rompak...
Serabutnya dunia kita sekarang ya. Kita sering ulang kata "oih, untungnya la kan kita tinggai kat M'sia ni. Aman ja takdak apa ". Hang tengok keliling rumah hang ja, memang hang dok kata aman, Mat oi. Cuba pi bukak berita, hang tengok berapa banyak orang kita masih hidup dijajah mindanya.?
Lalu apa antara ubat kepada penyakit ini?
i) Allah ada berfirman bahawa :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
Masuklah dalam Islam sepenuhnya. Islam bukan bila time ziarah jenazah sahaja baru bertudung,berjubah. Islam bukan bila di masjid sahaja bertelekung litup, berkopiah. Islam bukan bila waktu Aidilfitri sahaja baru nak memanjat tangga masjid. Selalu dengar "Eh, jangan suka judge orang, orang yang tak tutup aurat tu tak semestinya jahat. Datin X tu, free hair tapi tiap tiap tahun derma rumah anak yatim, buat program amal kebajikan. Kira okaylah tu."
Jom,kita refresh balik subjek Pendidikan Islam masa seolah dulu.
Kita beriman dengan? Lidah, hati dan perbuatan! Bagus, 10 markah penuh, keluaq sekolah kosong. Pedih kan?Pasai pa?Pasai selama ni belajaq sebab nak luluih peksa ja.
Okay, kita sudah mengaku dengan lidah bila kita ucap syahadah dalam solat kita, bila kita mengaku kita beriman pada Allah.
Kita cakap dalam hati yang kita ni Islam, Allah tuhan kita, Muhammad nabi kita.
Tapi,perbuatan? adakah selari dengan apa yang kita ungkapkan? jika ya, mengapa masih tidak menjaga aurat? mengapa tinggal solat? mengapa buat perkara perkara haram?
jika ketiga tiga perkara tidak lengkap,maka tidak berimanlah kita.
ii) Sila tanya diri kita, mengapa Allah memilih kita untuk ke dunia ini? Dalam banyak sperms yang berenang, mengapa Allah pilih kita sebagai pemenang?
Jawapan mudah.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
Adz Dzariyat :56
Saya masih clearly remember analogi yang kak Nisa gunakan.
"Hidup kita ni macam RnR. kita singgah sekejap je untuk rehat, beli makanan sikit untuk perjalan yang masih jauh. ada ke kita nampak orang singgah RnR lepas tu buat rumah kat sana? Lepas itu kita teruskan perjalanan kita ke suatu destinasi"
Begitulah dunia, kita ini ibarat pengembara yang singgah sekejap sangat nak cari bekalan (amal ibadah) untuk sepanjang perjalanan kita ke kampung akhirat.
Nah, lagi satu analogi:
"Kita pergi belajar ke luar negara, kemudian sampai masa kita dipanggil pulang ke tanah air,jumpa family kita. Adakah kita akan pulang semula dengan tangan kosong, tanpa ilmu penuh didada untuk gembirakan family kita?"
Begitulah juga kita nanti bila menghadap Allah. Saat kita dilahirkan, kita telah di amanahkan dengan tanggungjawab,lalu bila kita kembali semula ke pangkuanNya, kita bawa dosa bersama kita.Ibadah kita kosong. Bukankah sia sia penciptaan kita?
Sebenarnya banyak lagi yang saya mahu kongsikan tapi macam panjang pula dah ni. hihi
Lepas baca harap share pada yang lain,semoga dakwah itu terus mengalir :)
No comments:
Post a Comment