*mood nak berbahasa Melayu*
Sepatutnya sekarang di wad kelas dua Hospital Serdang.Alhamdulillah,doktor kata,tekanan darah semakin stabil.Tak,saya bukan menghidap darah tinggi kerana tertekan. Bukan,saya mengalami tekanan darah rendah dan hampir hampir sahaja ditahan wad. Muka dah pucat bila doktor kata tadi tekanan darah rendah sangat.Rasa macam," Sekarang ke aku akan mati?". Ditemani oleh dua orang kakak yang bagi saya hebat sungguh menahan sabar menunggu dari mula mendaftar,sampailah ambil ubat. Terima kasih kakak. Ibu pun dah kerisauan bila anaknya yang lembik dan selalu sakit ni buat pertama kalinya masuk wad di tempat baru. Haih,Mira kalau tak masuk wad tak sah!Ingat lagi masa di UiTM dulu pun sampai masuk wad sebab dehydrated teruk sangat.
Sakit,gembira,kaya,miskin,panas,sejuk.Itu semua ujian dari Allah.jika hari ini Allah beri kamu derita sampai kamu rasa mahu tersungkur,ingat...Dia sedang mengujimu.Sejauh mana kamu bergantung kepadaNya? ketika senang sahajakah? atau semasa susah sahajakah? nampak mudah sifirnya tetapi yang benar benar terpilih sahaja yang mampu senyum ketika derita datang bertimpa timpa, yang mampu menangis sujud bersyukur tatkala nikmat datang melimpah ruah. Allahuakbar!
Kedua,jaga kesihatan. Siapa kata kamu boleh sesuka hati je mahu rosakkan badan kamu?eh silap,bukan badan kamu.itu semua pinjaman Allah! Jadi jika kamu rosakkan tangan,kaki,otak,hati,segala semua organ yang Allah beri pinjam tu,semuanya akan disoal di akhirat kelak tahu? Salah seorang pensyarah saya kata,jika kita melakukan dosa dosa,kita telah menzalimi diri kita. Ingat,zalimi diri tu tak semestinya bunuh diri,cederakan diri sahaja. Keseronokan seperti "couple",merokok,berzina,berjudi,juga menzalimi diri tahu?
Last sekali,kawal aliran wang anda.hehe. Ini memang out of topic. Tapi seriously,jadi perempuan ni agak payah kerana nafsu kami banyak. Pantang nampak kasut,baju,tudung rasa nak borong. Dan sebenarnya tak sedar diri ini sudah ke arah ke"perempuanan". Dulu punyalah menyampah nak ber"shopping" ni. Tapi tadi saya spent duit pada buku. Tak guna juga mahu menyesal. Biarlah.siapa suruh Lejen Press datang UPM ? hihi
Tiket ke neraka,Zombijaya & Sepucuk pistol di dlm laci |
Saya tak mahu merungut apa apa atas kesakitan ini,cuma mahu ucap sekuat hati, "Terima Kasih Allah,beri kesakitan ini sebagai kifarah dosa dosaku.Semoga aku semakin dekat dengan Mu."
No comments:
Post a Comment