Masya Allah,rugi pula juga jika saya tidak kongsi. kerana saya berpegang kepada ayat ini:
"...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?"
Al Baqarah :140
Maka saya mahu ceritakan juga.
Semalam saya ada usrah sesama muslimat sahaja di Fakulti Biotek. Saya bersama sahabat saya,Asiah begitu bersemangat untuk ke sana.Maklumlah, dahaga ilmu ni! Cewah :D Tapi,tunggu punya tunggu bas takde pun. Kami start rasa putus asa. Mungkin sebab pakcik pakcik bas nak get ready solat Jumaat. Fine. Kami give up walaupun berat je hati. Saya text kakak usrah," Akak,saya tak dapat nak joinlah.Maaf ya.Bas takde.".Langkah makin longlai,hujan dalam hati makin lebat.Allah...sedihnya sebab tak terpilih jadi tetamu Allah untuk majlis ilmu tu. Tetapi,tiba tiba kakak usrah saya reply,"Takpelah,akak ambil awak.Tunggu depan kolej tau."Rasa nak melompat walaupun hakikatnya slot usrah tu dah berjalan lebih sejam. start pukul 12,habis pukul 2 petang. Sekarang pukul 1 petang.Ah,sempat lagi.Sikit ilmu pun jadilah.
Habis ja usrah, hujan turun selebat lebatnya. Langit menangis. Ibarat menangisi kematian para pejuang yang syahid di medan perang sana. Tiba tiba baru saya teringat yang saya sidai baju! Allah...satu lagi ujian.habislah. Sahabat saya sudah mula tak keruan. Kain kot. Perempuan do care about kain. Heee. Sampai je kolej,saya dah tak fikir apa dah. Baju!Kain! Saya dah bayangkan baju saya lencun dek air hujan.
Tapi...
jangkaan saya meleset.
Kain saya tak lencun,hanya basah sedikit. Entah siapa yang murah hati tolong angkatkan semua baju baju saya dan letak pada bench tepi ampaian. Allahuakbar.Rasa mahu menangis kerana syukurnya saya ketika itu.Hebatnya Allah.betapa baiknya Allah pada kita. Jika kita ikhlas melakukan kebaikan (menuntut ilmu),Allah akan membalas dengan orang lain membuat kebaikan kepada kita.Insya Allah. Terima kasih Ya Allah,atas pertolonganMu.
No comments:
Post a Comment