YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 29 June 2013

Si Tua Itu

Hari ini, aku nampak lagi si tua itu ke surau. Sambil mendengar ceramah, aku lihat dia dari tepi. Tangannya yang kedut. Matanya yang sudah kelabu. Keningnya yang memutih. Aku perhatikan jari jemarinya, banyak luka luka, nampak kesat dan kasar. Telekungnya yang kusam bertahi lalat. Tua benar wanita ini. Ibu kata dia sebatang kara.Tak bersuami, apatah lagi anak. Tinggal seorang diri,tak punya sesiapa melainkan diri sendiri.
Kebetulan,aku sedang cuti (tak boleh bersolat) maka ketika solat,aku perhatikan pergerakan solatnya. Allahu...lambat lambat dia rukuk, dan sujud. Mana tidaknya, usia dah lanjut,sendi pun dah mula sakit sakit. Bacaan solatnya pun aku pasti, sudah tidak selancar dahulu. Apabila doa dibaca, dia melihat orang sebelah,kemudian barulah dia menadah tangan.Pendengaran pun sudah tidak sempurna. Usai solat, aku lihat semua jemaah bersalaman.Maka dia antara yang terawal aku cium tangannya.Benar,kesat,kasar. Sudah banyak yang dia lalui. 

Semasa berjalan kaki pulang ke rumah, aku terfikir...

Masihkah ada insan setekad itu?

Sanggup berjalan seorang diri, demi ke surau, berjemaah?

Sendi yang kian lemah tak mematahkan semangatnya untuk terus menapak ke rumah Allah.

Sedang kita yang muda?

Badan sihat walafiat.Surau pun boleh kira dengan jari datang berapa kali. Paling kurang pun dua kali setahun.
Solat sunat Aidiladha dengan solat sunat Aidlfitri.
Sungguh, ceramah tadi langsung tiada anak muda yang sebaya aku datang sama sama ke surau. Yang ada, cuma pakcik makcik, atuk nenek.

Allah...

Mana pemuda pemuda yang bakal mewarisi bilal dan imam yang kian tua? ):

Itu baru di kampung aku yang kecil ni. di tempat lain bagaimana?

Tapi yang muda inilah yang sibuk nak kahwin katanya.Cuba mai jadi imam.Heh.

Monday, 10 June 2013

Hari ni memang menguji hati yang sedia rapuh.
Minggu minggu exam yang penuh dengan konflik dan tekanan, ditambah dengan ujian ini.

Allah...
Kuatkan diri yang kerdil ini.

Haih, memang aku ni pelupa, cuai. Mudah lalai.Itu aku.
Entah siapa dapat terima perangai yang macam tu buat teman hidup.
Ah persetankan teman hidup, malas mahu fikir.

Hakikatnya hidup ini memang seorang diri sebenarnya.
Takkan ada manusia yang benar benar kenal diri ini melainkan Dia.
Aku sendiri kadang kadang sesat dalam mengenal diri.

Bila saat tersungkurnya aku hari ini...
Aku mula sedar, "sampai bila mahu harapkan orang lain?"
Sampai bila mahu merengek, mengadu pada yang tak kenal pun diri ini?
Sampai bila mahu letak yang lain sebagai pergantunggan sedang aku ada Allah?
Sebaik-baik tempat pergantunggan.
Allahuakbar...

Maafkan aku Ya Allah.
Terima Kasih atas ujian ini.Kuatkan aku.Bangunkan aku.




Thursday, 6 June 2013

Allah...
andai satu dunia tidak percaya pada diri ini lagi,
teruslah bersama aku.
andai semua mahu meninggalkan diri ini,
teruslah disisi ku,
andai ramai yang mahu mengejiku,
teruslah sayangi aku.

Aku tahu, saat aku hilang semua yang aku pernah ada di dunia ini,
aku ada Mu.

somehow, i love this picture :)


Tuesday, 4 June 2013

Sayang sampai akhir hayat.
Insya Allah takkan biar ayah sorang sorang bila dah tua nanti.:')

Mustafa bin Ahmad <3


Sunday, 2 June 2013


"Kau tahu tak, tak pakai tudung ni  berdosa tahu!Kau tak kesian ke kat ayah kau?"

"Eh, kau tak malu ke tak solat? Kau nak jadi orang kafir ke ha?Nak masuk neraka sekali dengan diorang?"

"Quran pun kalau tak pernah sentuh, heh jangan nak memandailah nak bagi nasihat"

Biasa sangat aku dengar.

Biasa sangat aku lihat.

*senyum sinis* Aku dulu pernah berfkiran begitu. Hanya tahu menghukum tanpa pernah selidik terlebih dahulu sebab ianya terjadi.*amboi ayat karangan*

Hanya sebab aku tak pernah buat perkara itu, maka aku menjadi sinis terhadap mereka yang berbuat kelakuan itu.

Sebab apa?
Sebab aku tak rasa, sama seperti yang mereka rasa.

Kadang kadang, aku pelik. Para dai'e yang hebat hebat belaka.Namun, entah mengapa.Ada sahaja yang tak kena bila mereka memulakan bicara. seperti tak sampai ke hati.

Segala hadis, ayat Quran dihambur ketika menyampaikan dakwah. Tapi, hambar.Tak ke jiwa.

Kenapa ya?

Aku mengaku, ilmuku masih cetek.
Luaranku mungkin nampak berilmu tapi hanya Allah yang tahu, kekurangan aku.

Aku tak mampu mengeluarkan hujah yang hebat. Aku belum lagi mampu meninggalkan sisa jahiliyah dalam diri ini. Aku masih lagi belum menjaga sepenuhnya diri ini.Aku masih lagi belum sempurnakan Islam dalam diri.Aku tahu itu. Aku mengaku.

Tapi, syukur...Allah masih beri peluang.Allah beri aku peluang beribu kali.Entah tak terkira.
Setiap kali itu juga aku curang dengan peluang itu.Tapi esok, aku bangun semula dengan peluang baru, harapan baru. Baik kan Allah?

Maka itu bezanya Allah dengan kau manusia.Kita semua pendosa, tiada yang terkecuali. Walaupun Rasulullah S.A.W.

Jadi aku mahu tanya...

kerja kitakah menilai manusia?