YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 22 November 2012

Entry bukan untuk maknyah.

Maaflah tajuk macam entah apa apa,saya takde idea nak letak tajuk apa. heheh
Yeah, tajuk takde kena mengena dengan content.hee

Ke ada maknyah yang rasa offended? *evil grin*

Tiada niat lain untuk saya berkongsi semua ini,selain meluahkan apa yang saya rasa dan memberi pengajaran buat semua.

Pernah bercinta?
Atau sedang bercinta?
Apa rasanya?

Haah saya sedang cakap pasal cinta lelaki dan wanita sebelum kahwin.*gay maknyah pondan sila tukar channel lain*

*tarik nafas dalam dalam*

Gambaran:

"Bukak FB, tetiba ada IM:"Salam awak.saya rasa saya suka awak." Peh berbunga gila lah kan masa tu. Pastu mula reply pulak :"Err,seriously?tapi dalam kelas awak macam tak pandang saya pun.saya dah lah tak lawa...bla..bla..".

Itu titik permulaan.Kemudian barulah...
"Awak,kita couple nak?"
"Hihi."*bajet pemalu padahal suka* "Okay ^^"

Sejak tu telefon dibawa ke mana mana even ke toilet.Kan? siapa macam ni?angkat lutut!
*sorok lutut*

Kemudian pergi ke stage yang lebih advance dan "romantic".Maklumlah bakal ayah/ibu kepada anak anak lah katakan.

"Baby(eww),baby cihat?Papa windu baby cangat cangat lewww"*sila sebut dengan accent British*
"Winduww?baby pun windu cangat kat papa!hekhek.nanti kita jumpeww kay?baby cedih cowang cowang kat sinii ):"

Ergh,maaf saya tak sanggup nak teruskan dialog tadi.
Ok,proceed.

Pastu fasa konflik.Gaduh sebab dah tak sehaluan. Buat status meratap berpuluh puluh dalam masa seminit.Hebat tak?memang hebat sebab itulah masyrakat kita.Malaysia Boleh kan?ye dak?

"Wey jantan tak guna,blah lah.kau curang..bla..bla.."
"Huh,perempuan tuuutt...tak guna..bla..bla..."
"Aku dah tak percayakan perempuan lagi.semua sama je!"*ni paling lawak sebab memang lah semua perempuan sama,ada pulak yang ada halkum kan-,-*

Nampak tak kitarannya?Kenal,bercinta bagai nak rak lepas tu putus lepas tu cari lain pastu kitaran bermula semula?Apa yang kita dapat?

Nak cakap pasal couple itu haram dah tak larat dah. Faham tapi buat buat tak faham. Ada ke "saya couple ni kerana Allah". ?
Saya percaya yang kita semua tahu yang hubungan macam ni tak dibenarkan dalam Islam.dan bukan saja saja pun Allah tak kasi.
"Ala..kitorang couple tapi tak pegang pegang,tak macam orang lain."

Ohh,okay. I've been there,to be honest. Nak tanya,bila solat awak ingat siapa?bayang muka siapa?bila nak tidur,awak ingat siapa?bila nak mandi awak ingat siapa?bila nak study awak ingat siapa?

Kalau awak kata,awak tak pernah ingat "baby" awak tu ,memang lah penipu sebab saya dulu begitu.Ke saya seorang je?-,-
Kita suka menghalalkan apa yang haram. cuba menafikan yang salah dengan cipta pelbagai alternatif lain.

Hasilnya:

Baby dumping 

sedih tahu?bila lihat baby baby hasil dari ber"baby" tadi. pahe dok? kalau dah rasa tak nak anak tu,jangan buat dan jangan mulakan ke arah penzinaan. Nauzubillah.Kita kesian bila dengar kat Buletin Utama cakap pasal baby jumpa kat masjid,baby kena makan kat ulat, tapi at the same time dok message dengan "baby" kita. Mahu jadi yang seterusnya kah?

Sebab tu saya cukup pantang bila tengok di FB, budak budak belasan tahun dah pandai nak jadi "ibu ayah" ni. Apakah? Please, adik. Ini bukan sesuatu yang dianggap enteng tau?Mungkin kita boleh cakap,"Eleh,biasalah tu, cinta monyet".

Yang biasa tak semestinya betul. Yang betul tak semestinya biasa dibuat. Kan?

Maka, mohon buka mata, pandang diri. Saya juga ingatkan diri saya sendiri. Tak mati pun jadi single and save the best for who deserves. Cewah

Dan saya cukup penat melihat orang yang meratap lepas frust bercinta. See? another implication kalau ber"couple" ni. Mulalah babak babak tak lalu nak makan, nak bunuh diri, memberontak, dendam, benci perempuan, jadi gay. Eh

Maka,hidup pun tak efektif dah produktif. Come on,kita semua khalifah. Tugas kita memakmurkan bumi ini sudah kita laksanakan kah? Stop living in your idea of being in love. See the world, there are a lot to be explored and world needs us.

Pahe dok?

Saturday, 3 November 2012

Ibrah dari hujan.

Semalam hari Jumaat. Semalam juga saya belajar sesuatu.
Masya Allah,rugi pula juga jika saya tidak kongsi. kerana saya berpegang kepada ayat ini:

"...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?"

Al Baqarah :140

Maka saya mahu ceritakan juga.

Semalam saya ada usrah sesama muslimat sahaja di Fakulti Biotek. Saya bersama sahabat saya,Asiah begitu bersemangat untuk ke sana.Maklumlah, dahaga ilmu ni! Cewah :D Tapi,tunggu punya tunggu bas takde pun. Kami start rasa putus asa. Mungkin sebab pakcik pakcik bas nak get ready solat Jumaat. Fine. Kami give up walaupun berat je hati. Saya text kakak usrah," Akak,saya tak dapat nak joinlah.Maaf ya.Bas takde.".Langkah makin longlai,hujan dalam hati makin lebat.Allah...sedihnya sebab tak terpilih jadi tetamu Allah untuk majlis ilmu tu. Tetapi,tiba tiba kakak usrah saya reply,"Takpelah,akak ambil awak.Tunggu depan kolej tau."Rasa nak melompat walaupun hakikatnya slot usrah tu dah berjalan lebih sejam. start pukul 12,habis pukul 2 petang. Sekarang pukul 1 petang.Ah,sempat lagi.Sikit ilmu pun jadilah.



Habis ja usrah, hujan turun selebat lebatnya. Langit menangis. Ibarat menangisi kematian para pejuang yang syahid di medan perang sana. Tiba tiba baru saya teringat yang saya sidai baju! Allah...satu lagi ujian.habislah. Sahabat saya sudah mula tak keruan. Kain kot. Perempuan do care about kain. Heee. Sampai je kolej,saya dah tak fikir apa dah. Baju!Kain! Saya dah bayangkan baju saya lencun dek air hujan.
Tapi...
jangkaan saya meleset.
Kain saya tak lencun,hanya basah sedikit. Entah siapa yang murah hati tolong angkatkan semua baju baju saya dan letak pada bench tepi ampaian. Allahuakbar.Rasa mahu menangis kerana syukurnya saya ketika itu.Hebatnya Allah.betapa baiknya Allah pada kita. Jika kita ikhlas melakukan kebaikan (menuntut ilmu),Allah akan membalas dengan orang lain membuat kebaikan kepada kita.Insya Allah. Terima kasih Ya Allah,atas pertolonganMu.