YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 22 June 2015

Ramadhan rants #1

Salam! :D

Yeay it's Ramadhan! Yep i know its really challenging to fast when the weather is not helping at all. Since i have a very long gap for my final 2 papers, im just lazying around in my room. Allah knows how boring that can be plus the heat. Panas tahap pergi toilet basahkan muka banyak kali. Not sure panas sebab dosa or cuaca yang panas melampau.

But! Ramadhan has got me thinking on certain things.(most of them are about girls)

#LoudGossipers

I was waiting for a bus to bazaar. Lepas tu adalah these group of girls. Well, I usually don't give a damn about people until they suddenly  get so loud and what makes it annoying is they are talking bad about someone. Eh buruk tau tak? You know kan when some girls yang overreact to everything,they open their mouths so wide, lepas tu those over facial expression. To me, if you ever hate anyone, boleh tak you look around first, tengok dulu ramai orang tak? then, check the frequency of your voice. Kalau 2 km dah boleh dengar, bawaklah berbisik ke kan tak pun simpan dulu that story, peram sampai bilik,okay? *smirk*

#EnergeticTalker

And then when i was in the sardined bus, everyone was quiet coz you know it's Ramadhan and of course some were tired/ trying to save energy to shop kat bazaar. KECUALI these 3 girls.AGAIN GIRLS. They were chitchatting as if the bus was theirs. KUAT GILA. Lepas tu gelak gelak (this part annoyed me so much) even though I'm a girl, i dislike/despise girls who go mengilai or gelak gedik tak tentu pasal in public. Masa tu I feel like going to them and tell them this: "Makciks, I know that you r so energetic there and you have so much thing to be talking about. Hence this triggers my thought that either u period so tak puasa banyak energy or u sahur nasi sedulang that's why u banyak tenaga. But please don't be too obvious and shut your traps." Unfortunately, the bus was packed so I was so far from the girls jadi tak bolehlah. Haha sebenarnya I berani cakap dalam my mind je lah kot.
Bila kita rimas sebab berhimpit dalam bas of course lah rimas kalau orang cakap kuat-kuat kan.*sigh*

#PissedOff

Okay this is more to myself. This Ramadhan, i get pissed off over things easily. Maybe because of the weather and you're hungry. Perhaps. Kadang-kadang sebab panas pun macam dah merungut. Orang tak ajak iftar sama pun sentap. Almost semua benda nak get emotional. Is that normal? Tell meeee coz i think its noooooooooooooooooottttttt :(


I guess that's it. Meroyan Ramadhan. Thanks for reading (if there's any readers out there). 





Tuesday, 16 June 2015

Meet Adowable Alisa Maisarah

Bila ada bestfriend yang dah berkeluarga, instead of getting jealous, mungkin boleh guna masa untuk kongsi kebahagiaan tu. (bukan kongsi kasih dengan suami dia). 

*Ehem*  Cuak tetibe

So!
Alhamdulillah dapatlah jumpa sekejap sahabat dunia akhirat kita tu hihi. Dah jadi ibu dah dia. Kadang-kadang rasa macam taknak percaya je si kecik ni dah jadi mak orang. Ya Allah tuanya rasa. Pebenda kau nak rasa tua Mira, dia yang kahwin muda. Kuang kuang 

Ingat lagi masa sekolah dia lah manusia paling fragile selain pinggan mangkuk kafe tu. I mean memang kerja nak nangis je. At the same time, dia jugaklah yang dah macam guardian angel kita tau kat sana. Haha. Rindu gila zaman duduk asrama. Malam-malam tolong sikatkan rambut memasing. Clingy gila okay! Tidur pun nak satu katil pasal dedua penakut. Nampak betapa clingynya kami? Pernah orang tanya "orang ni lesbian ke?". Nasib baik lah kawan.kalau tak dah lama kena penampor pasal kita geram lah haha. 

Anyway, enough of the memories. Karang recall semua tak habis nak cerita nanti. Jadi, jumpalah si sahabat ni. Alahai comelnya ada baby in her arms. :') Faham tak perasaan dia? Macam weh budak hingusan ni dah ada anak doh. Haa camtu lah. Dah ah anak dia comel.  What a bless.

Maka diri ni gatal lah kata nak pegang baby tu.. Nasib baik dah 3 months so takdelah soft sangat. I can't see newborn baby sebab rasa sangat soft and fragile untuk dipegang. Tak tau lah kalau dah ada anak sendiri nanti. Haha kau rasa? Takkan nak suruh jiran pegangkan.

Masa pegang baby Alisa...Allahu...rasa macam "omg so cute i wanna adopt you" sangat. Dia tak meronta-ronta pun tapi macam cool je ada orang pegang and adore dia. mesti dalam hati dia nyanyi "Lahve me like you do,lahve lahve lahve me like you do". Ok I should stop.


Lisa tengok tu camera.Smileeee
'Hm aunty ni bosan lah. Malas lah nak senyum"

Pahal doh jari tu melentik sangat T.T

Lisa pandang camera.
'Hm yela kejap je kay"
Okay baby :')



Aunty doakan Aisa jadi anak solehah k. Jaga ibu ayah baik baik. Especially ibu. Alisa pulak jaga ibu untuk aunty ye sayang. Nanti bila Alisa dah besar kita boleh main kejar-kejar sama-sama.(optimis gila dah tua nanti sendi kuat).

Sobs. I hope we can meet again <3 


Sunday, 24 August 2014


Allah ..bantu aku cari diriku yang dahulu.

Acapkali aku tersedar namun aku akan tersesat semula.
Bila mana aku cuba menyingkap semula potret diriku yang semalam,
aku rindu..rindu diriku yang dahulu.

Apa kurangnya yang sekarang?
Entah,malu untuk aku luahkan.
Rasa seperti serba kekurangan.
Rasa jauh,jauh dan jauh.

Cuma yang aku harapkan....
kembalikan diriku yang dahulu kerana aku tahu...
ia lebih baik daripada sekarang.
sungguh,aku rindu.
Ah macam celaka betul perasaan ni.

Boleh tak aku nak berehat sekejap sebab aku penat.
Terlalu penat.

Thursday, 10 April 2014

Rasa ini makin lama semakin mendalam.

Ya Rabb,
lindungilah hati ini.

jangan aku termakan pujuk rayu syaitan yang direjam.

Monday, 7 April 2014

Bila ada yang skeptik soal hati dan perasaan...
soal komitmen dan perkahwinan...
ingin sahaja aku ludah kata kata ini pada dia...
"tak penat kah hidup dalam penafian?"

jangan cuba tipu kalau tiap hari kau meroyan soal hati...
lebih dari mereka yang bercinta.

jangan cuba dusta bila tiap bait kata kau penuh kesal
dan terkilan...

dan paling penting...
jangan kau bina provokasi pada si pencinta...
jangan anggap si pencinta itu sama buta seperti kau yang dahulu...
ingat,setiap kita perlukan cinta.

Wednesday, 1 January 2014

2013.

Allah banyak mengajar aku di tahun 2013.

20 tahun usiaku dibelanjakan namun seperti masih belum cukup untuk aku capai kematangan.
Aku masih lagi baran tak menentu. Masih lagi rasa malas tak menentu. Masih lagi sedih tak menentu. Ada sahaja yang tak kena pada diri ini. Kadang -kadang lebih teruk lagi jika aku belum mampu tentukan apa yang terbaik buat diri ini.

20 tahun itu hanya sekadar angka yang saban tahun meningkat. Sungguh aku risau bagaimana tahun mendatang jika nanti suatu hari aku menjadi guru? menjadi isteri dan ibu? mampukah aku jalankan tanggugjawab terhadap seisi keluargaku? 

Bagaimana dengan 20 tahun itu, aku masih lagi derhaka pada tuhan? 
Adakah jika esok ajal memanggilku, aku mencapai khusnul khatimah pujaan mukmin?
Sungguh aku malu pada diri yang kerdil ini.
Aku malu pada malaikat yang setiap hari mencatat segala amalanku setiap detik, setiap tahun.
Lalu, malunya jika setiap tahun...
dosa sahaja yang jadi catatan harianku.
Maka apa yang aku capai untuk 20 tahun usiaku ini?

Ya Allah, sungguh Kau tahu apa yang selalu aku bisikkan pada diri ini.
Kau kenal diri ini lebih dari si empunya diri.
Maka ya Allah, bimbinglah aku.
Di tahun baru ini, perbaikilah diri ini.
Masukkan aku dalam senarai hambaMu yang Kau sayangi.